Sunday, August 15, 2010

Najib Harus Berundur, Masa Untuk Muhyidin Memimpin UMNO

Dato Najib dari asal adalah seorang PM yang bermasalah. Penuh dengan skandal dan gossip, dan dilihat sebagai tidak dapat mengawal isteri beliau sendiri.

Bahkan sejak akhir ini beliau dilihat semakin lemah dan lebih lembik dari Tun Abdullah!

Ucapan beliau di Kongres Usahawan Cina, dan ucapan adik beliau Nazir (yang nampak lebih cina dari Melayu- bahkan isteri Nazir sendiri adalah orang cina) terangan satu ucapan yang sangat lemah dan melanggar hati orang-orang Melayu.

Apa yang telah dicapai oleh anak almarhum Tun Razak? selain dari tunduk dengan ugutan orang-orang cina dan india?

Najib dilihat sebagai pemimpin Melayu yang lemah, yang gagal mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu. Terangan beliau derhaka kepada usaha ayahanda beliau, Tun Razak yang mempelopori DEB. Kenapa adiknya Nazir berkata yang DEB telah dibangsatkan? Apa hak Nazir untuk berkata demikian? Apakah Nazir mahu terus menafikan yang beliau adalah anti Melayu? lihat bagaimana dia menguruskan CIMB. Bank yang digelar (Cina India, Melayu Mati)?

Masanya sudah tiba, sebelum orang Melayu hilang kuasa untuk UMNO ketepikan Najib. Masa sudah tiba untuk Muhyidin yang nampaknya lebih keras mempertahankan Melayu.

Dalam orang Cina yang dipimpin DAP bersatu menentang Melayu, Melayu masih terhegeh-hegeh bercakaran, antara UMNO, PAS dan PKR.

No comments: