Monday, May 10, 2010

Budak 15 tahun tak pandu kereta pukul 2 pagi dan lari bila di tahan polis

Aneh..

Kita marah bila banyak budak2 merempit.

Marah bila anak kita dilanggar oleh pemandu tak ada lesen.

Kita cakap polis tak buat kerja.. polis makan rasuah.. polis tidur sebab tak tangkap penjenayah.

Tapi macam mana kita boleh biarkan seorang budak 15 tahun pandu kereta jam 2 pagi.. lari bila ditahan polis..

Kenapa kita masih bising tentang 'high crime rate' sedangkan kita yang mengalakkan penjenayah dengan membenarkan ia membiak dalam komuniti kita.

Pikir lah sendiri...

2 comments:

Anonymous said...

Dengar keterangan saksi utama itiut budak yang bersama dengannya. Aminurrashid lari kerana ketakutan dikejar lima buah motosikal akibat dia melanggar kereta rakan kepada penuggang2 motosikal tersebut. Cerita ini kemudiannya disahkan oleh tuan punya kereta yang disondol Aminurashid.

Dalam keadaan kelam kabut itu dia terpotong kereta polis dan polis terus mengejarnya pula. Arwah ketakutan, dia lari kerana dikejar dan apabila polis menembak tentulah dia bertambah cemas. lagipun dia bukan lari jauh..hanya balik ke rumahnya semula!

Persoalannya ialah mengapa pihak polis begitu terburu-buru menembak adik amilnulrashid? bukankah polis dibenarkan menembak jika nyawa mereka dan nyawa orang lain diancam? Arwah Aminulrashid tidak pun mengancam. Dia hanya cuba melarikan diri! Sepatutnya pihak polis hanya perlu menunggu kereta itu berhenti dengan sendiri setelah keempat2 tayarnya ditembak dan terbabas.

Anonymous said...

Kan dah kata perbuatan mereka mencurigakan. Mungkin tembakan warning tidak dihiraukan maka polis ingat benda tak baiklah.