Tuesday, March 09, 2010

Surat Terbuka Zul Nordin Kepada Dato Sri Wan Azizah

Gambar dari www.agendadaily.com


BERIKUT IALAH TULISAN PENUH ZULKIFLI NORDIN DI LAMAN BLOGNYA :

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR Dato’ Seri Wan Azizah (DSWA) dan beberapa kenyataan segelintir pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat lain yang menuntut saya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu.

Saya sebenarnya memang sangat keberatan dan tidak bercadang langsung untuk membuat apa-apa kenyataan yang melibatkan DSWA, kerana bukan sekadar menghormati beliau yang lebih tua daripada saya dan saperti kakak bagi saya, malah kerana kami telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis bersama, banyak luahan perasaan beliau kepada saya mengenai nasib dan masa depan beliau serta keluarga, banyak rahsia dan hal sulit yang pernah beliau ceritakan atau yang saya lihat sendiri selama lebih 12 tahun bersama beliau sekeluarga.

Dan saya sedar beliau juga adalah mangsa kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mula menunjuk belang mereka didalam PKR. Atas dasar itu, saya berasa sepatutnya DSWA, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah (saya seorang sahaja yang memanggil beliau dengan nama itu, sedangkan orang lain memanggil beliau Kak Wan.

Itupun ada rahsianya mengapa saya memanggil beliau dengan panggilan Kak Zah); DSWA lebih daripada tahu beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengan saya. Tetapi DSWA telah membuat kenyataan yang menyerang saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab serangan itu, dan saya berharap selepas ini DSWA akan berhentilah dengan serta merta daripada memilih untuk terus menyerang saya. Saya mahu terus mengingati DSWA dalam keadaan yang baik.

Saya menasihatkan DSWA supaya mencerminkan diri sendiri dan “walk your talk”. Saya menasihatkan DSWA supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan

Mempertahan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan. Jangankan mempertahankan Islam, DSWA membiarkan saya diheret kehadapan Lembaga Disiplin bukan Islam untuk dibicarakan mengenai isu kalimah ALLAH.

Ingatan saya kepada DSWA, “Islam is not limited only to her small silk glove ala Michael Jackson (sebab DSWA hanya pakai pada sebelah tangan kanan sahaja macam Mikey)”! Islam tidak terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang dipakainya.

Saya menghormati pendirian DSWA tidak mahu bersentuhan tangan dengan lelaki bukan muhrimnya, tetapi Islam itu lebih daripada sekadar sarung tangan sutera ala Michael Jackson tersebut.

Membiarkan panel Lembaga bukan Islam membicarakan seorang Muslim mengenai aqidah, syariat dan dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam. Atas dasar itu, nasihat saya kepada DSWA eloklah beliau meletakkan jawatan Presiden PKR.

Saya sedih melihat DSWA membiarkan diri beliau sekadar menjadi alat Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, dan pemanas kerusi dan penghias muka depan PKR sahaja. Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan Fir’aun-Fir’aun Kecil bermaharajalela didalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.

Sudahkah beliau lupa bagaimana Fir’aun-Fir’aun Kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi ‘the shoulder for her to cry on’ beliau kalau bukan saya!

Saya pertegaskan bahawa saya adalah satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang bersedia mengosongkan kerusi untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau layak bertanding setelah bebas
daripada hukuman penjara di Sg. Buloh.

Dalam keadaan Ahli Parlimen PKR lain, termasuk Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi DSAI & DSWA semuanya enggan memberi laluan, saya telah bersedia untuk berkorban. Tetapi ALLAH lebih bijaksana dalam perancanganNya.

Tiba-tiba DSWA sendiri tidak membenarkannya dan menegaskan saya tidak sepatutnya mengosongkan kerusi Kulim Bandar Bharu kerana saya telah banyak berkorban untuk beliau, DSAI dan keluarga.

Sebaliknya beliau sendiri yang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada DSAI. Saya sanjungi pengorbanan beliau, tetapi janganlah mempersoalkan pinsip dan pengorbanan saya untuk beliau, DSAI dan parti.

Berkaitan desakan DSWA supaya saya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu kononnya atas dasar prinsip demokrasi, saya ingin menegaskan:

1. Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH.

Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Palrimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?

2. Pada 02.09.1998, DSAI telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh DSWA supaya DSAI mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu.

Kalau DSAI tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula DSWA kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan? Bukankah ini bukti kenyataan DSWA tersebut adalah sekadar political expediency untuk menyeronokkan Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau!

3. Mengapa semasa ADUN Parit YB Dato’ Nasharuddin melompat ke PKR daripada UMNO DSWA tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit atas prinsip keadilan dan demokrasi.

Malahan DSWA menyatakan pada masa itu ianya adalah hak YB Dato’ Nasharuddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan hak beliau untuk terus kekal sebagai ADUN Parit.

Jadi saya mahu bertanya kepada DSWA, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu, atau adakah beliau sekadar menjadi Pak pelaung Fir’aun-Fir’aun Keci itu?!

4. Semasa konspirasi 16.09 dilaksanakan, DSWA dan PKR telah menghantar YB Saifuddin Nasution, YB Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen BN untuk memujuk mereka melompat ke PKR.

Saya tidak pula mendengar DSWA bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi!

Apakah bila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram! Apakah matlamat menghalalkan cara? Atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya DSAI sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang! PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang tersebut.

Jadi kalau DSWA merasakan bahawa DSAI boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang kerusi sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat.

Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilhanraya umum yang akan datang. Dan jika DSWA berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu-satu lawan satu!

Saya menasihatkan DSWA supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PKR.Ternyata beliau telah gagal memimpin PKR sehingga menyebabkan PKR kehilangan sebuah Kerajaan Negeri, 5 Ahli Parlimen, 3 ADUN, dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang dan akar umbi.

Malahan makin lama makin terbukti beliau sekadar menjadi alat penghias mukadepan bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau. Kalau benar DSWA memegang kapada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR.

Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula!

Kepada Kak Zah, ini permintaan peribadi daripada saya. Saya tidak mahu bergaduh dengan Kak Zah. Ambillah apa yang terjadi secara professional, dan teruskanlah kehidupan kita.

Saya tidak meminta dipecat, malahan saya cuba bertahan sehingga saat terakhir. I stood my ground till the eleventh hour. Tetapi PKR lebih memilih Fir'aun-Fir'aun Kecil daripada Islam. Itu hak PKR, dan rakyat dan umat akan menentukannya dalam pilihanraya akan datang.

Cuma saya sangat berharap dapat mengingati Kak Zah sebagai seorang kakak dan ibu yang sangat baik dan bertanggungjawab bagi anak-anak Kak Zah. I will always cherish and remember those days.

Please don't forced me to do and say things that I do not wish and want to say. Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan hidayah kepada Kak Zah, dan memberi keampunan kepada kita semua. Tolong sampaikan salam saya kepada anak-anak.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Rabi’ul Awal 1431
08 Mac 2010

1 comment:

IbnAbdHalim said...

Tak payah nak ugutlah. Kalau ada teloq eloklah letak jawatan AP tu sebab kamu dipilih atas tiket PKR bukan atas peribadi kamu.