Friday, March 19, 2010

Pakatan Rakyat dan Penyokong Mereka Over Confident !

Melihat daripada komen-komen pengunjung didalam malaysiakini ataupun themalaysianinsider, rata-rata saya akan katakan yang semua mereka sangat over-confident tentang kemenangan mereka pada PRU 13 nanti.

Aneh kan? adakaha kerana mereka percaya yang mereka mendapat sokongan rakyat kerana komen2 pembaca rata-rata terus menghentam kerajaan didalam media-media alternatif yang berpaksikan pada fahaman PR.

Adakah mereka percaya dengan retorik yang UMNO sudah lemah? adakah mereka tidak menyedari yang di Perak sahaja, UMNO menguasai 28 kerusi DUN? dibandingkan dengan parti-parti lain yang mendapat tidak lebi dari belasan kerusi?

Saya akan menjangkakan yang parti dalam PR akan terperangkap dengan persepsi yang mereka sudah terlalu kuat...

Yang mereka tidak ketahui atau tidak mahu tahu ialah kenapa masyarakat Islam Melayu sudah mula keluar dari PR. Apakah mereka yakin yang tanpa undi Islam Melayu pun mereka boleh menang?

1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya PR kokoknya saja lebih. Di Perak kuku mereka sudah hampir pupus.Program yg dibuat oleh PAS dan PKR sudah tak dapat sambutan. Rakyat sudah tahu bahawa PR penuh pembohongan dan ulama mereka adalah ulama terompak.