Monday, February 01, 2010

Kit Siang (DAP) mahu kerajaan ambil tindakan keatas JAKIM

Kit Siang mahu kerajaan ambil tindakan keatas JAKIM atas tuduhan menghasut..

Link nya di SINI.

Apakah DAP masih tak belajar dari pengalaman yang lalu? Apakah dengan mengesa JAKIM dikenakan tindakan akan memberikan apa-apa faedah keatas kepentingan politik DAP dan pengaruh DAP yang makin hari makin pudar pada orang-orang Melayu?

Apakah tindakan DAP yang terang-terang menolak keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan tidak dikira menghasut?

Kenapa jika ada orang Melayu dan Islam yang mahu mempertahankan Islam dan hak Melayu dianggap sebagai racist dan extreme tetapi orang yang mempersoalkan hak seperti yang termaktub dalam perlembagaan dianggap sebagai jaguh demokrasi?

Orang-orang Melayu Islam semakin terdesak! Lepas satu-satu, segala hak di persoalkan.. Kerajaan BN sekarang terlalu mahu mengejar undi bukan Melayu dan bukan Islam hingga melupakan hak-hak orang Melayu!

Kemana arah politik orang Melayu selepas ini?

IMalaysia yang menghancurkan Melayu dan Islam...

1Malaysia dah jadi joke of the year dikalangan orang Melayu, hingga mereka katakan yang 1Malaysia hanyalah untuk orang Cina dan India.. Melayu akan terus dipinggirkan..

Dimulakan dengan pembubaran MECD, kemudian dengan pengecilan MARA, lepas ni tak tau apa lagi...

Melayu akan merengkok di negara sendiri... Apakah ini 1Malaysia Najib?

No comments: