Tuesday, November 03, 2009

DR. ASRI - JAIS SIASAT JIKA TERLIBAT WAHABI

Mengikut penjelasan Dato' Pengarah JAIS, Dr. Asri ditahan kerana mengajar tak ada tauliah. Ok lah, nampaknya Ph.D Dr. Asri tak laku, yang laku adalah kelulusan dan kelayakan pegawai-pegawai JAIS.

Ramai yang mana adalah budak2 4 senawi!!

Saya mahu juga bertanya kepada Pengarah JAIS (sebab Dato' JAIS ni bukan Ulama) ataupun kepada Mufti Selangor, bilakah telah digazetkan yang fahaman Wahabi ni diharamkan oleh Kerajaan?

Apakah Wahabi ni terpesong dari akidah? Menurut pemahaman saya seluruh Kingdom of Saudi Arabia mengamalkan fahaman ini. Adakah ini bermaksud mereka juga terpesong dan sesat?

Kalau benar, bagaimana pula dengan solat yang diimamkan oleh Iman-iman di Masjidil Haram? Adakah tak sah disisi Islam al Malaysia?

Pernah ke tuan-tuan di JAIS mengkaji fahaman ni secara ilmiah? sepanjang pengetahuan saya semasa saya di UK, dan bercampur gail dengan golongan ini kebanyakkan dari gesaan mereka adalah supaya kita kembali ke Islam yang sebenar, berpandukan Sunnah Rasullulah SAW.

Jadi apa yang benar Dato Pengarah dan yang dimuliakan Sahibul Samaah Mufti Selangor?

Takkan orang JAIS pergi naik haji kat Pulau Pinang kut? Mesti pergi Makkah kan? Tu kan temopat wahabi?

Aduhai..

0 comments: