Dilaporkan yang mantan speaker DUN Perak, Sivakumar telah dihumban keluar dari DUN Perak dengan bantuan Polis dan petugas DUN.
Ini berikutan keengganan beliau untuk akur kepada ketetapan dewan tentang perlucutan jawatan beliau sebagai speaker.
Lihatlah di gambar dibawah tentang kebiadapan ahli-ahli DUN Perak dari DAP dan Pakatan Ketuanan Rakyat yang dipaksikan di Perak oleh YB bersaudara Ngeh dan Ngor - defacto Menteri Besar Perak semasa pemerintahan regim DAP.
Ini aksi seorang YB ataupun aksi Along? Inikah yang diperjuangkan oleh Partai Ketuanan Pakatan Rakyat? Ini baru berkuasa di DUN belum lagi Parlimen dan kerajaan persekutuan. Jika mereka memerintah apa pula cara mereka?
Adakah mereka akan menghalau semua golongan bumiputera ke dalam laut atau memerintahkan perampasan tanah bumiputera untuk kononnya pembangunan seperti yang terjadi di Singapura?
Saya masih kurang nampak kemana arah tujuan Partai2 Ketuanan Pakatan Rakyat. Jika dulu saya berkata 'lawan tetap lawan' tetapi kini saya akan berkata 'lawan tetap lawan' juga tetapi dalam keadaan dan suasana yang berbeza.
Yang pasti saya tidak akan membenarkan cauvinist dari DAP untuk menguasai negara dan terusnya mengibarkan bendera Malaysian Malaysia di Semenanjung Tanah Melayu ini.
Friday, May 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment