“Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.
“Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Bravo, satu titah yang saya kira amat mengusik perasaan.
Agak aneh kerana orang Melayu yang yang sedang sibuk memaki hamun Raja-raja adalah kebanyakkan mereka yang telah memanafaatkan hak-hak istimewa orang-orang Melayu seperti biasiswa dan kelebihan pelajaran didalam sistem MRSM dan UiTM.
Apakah kerana terlalu marahkan UMNO, maka mereka sanggup bersekongkol dengan kaum DAP yang terangan mahu menghapuskan hak dan pengaruh Melayu dan Islam?
Aneh sangat....
No comments:
Post a Comment