Saturday, February 21, 2009

Speaker DUN Perak Di Panggil Polis ~ malaysiakini

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Speaker DUN Perak akan dipanggil oleh pihak Polis untuk memberi keterangan terhadap banyak laporan polis yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap dirinya.

Polis akan panggil Speaker Perak

IPOH 20 Feb. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar akan dipanggil memberi keterangan ekoran beberapa laporan polis yang dibuat ke atas beliau.

Ini kerana tindakan wakil rakyat DAP kawasan Tronoh yang menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN kelmarin telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis akan menyiasat Speaker DUN Perak itu mengikut Seksyen 120 (B) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“Polis akan memanggil saksi-saksi untuk dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan kes tersebut,'' katanya di sini hari ini.

Kelmarin, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Sivakumar itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang melantik Zambry dan enam Exco tersebut.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, ekoran tindakan tersebut polis setakat ini telah menerima 10 laporan berhubung tindakan yang dibuat oleh Speaker dengan dua daripada laporan dibuat di luar Perak.

Kata beliau, antara laporan yang diterima sejak semalam berhubung dengan isu tersebut adalah daripada Pemuda UMNO Perak, Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib.

Hmm, I told you, he was fishing for it. Now you are inviting problems not only to yourself but also to the whole PR.

Are we sensing something with all the development now, look like somebody is doing some cleaning up and it smells really bad.

I remember this happening during Dr. M era ...

1 comment:

Anonymous said...

aduh.....si haram jadah umno sudah ke england untuk dapat penyelesiaan daripada queen council....eh...si haram jadah hishammudin hari itu dengan jeritan monyek bahawa umno penbela sultan...sekarang,susah tinggal sultan ya...aduh,sekarang cari penjajah kolonial pula...apa yang lebih parah,kan dulu kolonial saling dengkil dengan sultan-sultan melayu...aduh...umno si haram jadah!!!ini derhaka ni....DERHAKA..ketuanan melayu....hahaha....para-para umno semua adalah ketuanan melayu yang tidak ada bola kemaluan jantan sejati!