Friday, February 06, 2009

MB PERAK, LOMPAT SI KATAK LOMPAT - KOMEN MALAYSIAKINI

Macam mana ni? Ingatkan orang UMNO dan BN nya yang akan lompat masuk PR, tapi kat Perak dah terbalik pula!!

Tapi yang hairan nya kita ni, bila DYMM Paduka Sultan bersetuju dengan pandangan kita, kita terus julang, sokong 'Daulat Tuanku' bergema-gema.

Lain pula bila DYMM Paduka Sultan, tak sealiran dengan kita, maka ramai-ramai lah kita menyerang dengan kata-kata kesat!! Aneh kita ni, memang manusia tetap manusia...

Dalam kes ni, yang paling menyedihkan adalah bila ada sebilangan kita yang terang-terangan memaki hamun DYMM Paduka Sultan dengan kata-kata yang tak sewajarnya. Yang kesal nya kita ialah bila orang Melayu sendiri turut memaki DYMM Seri Paduka sebakul.

Budaya apa ni?

Siapa yang mulakan budaya Lompat Parti? Kenapa bila Dato Nasarudin lompat dari UMNO ke PKR taka ada siapa yang bising? Seolah lompat parti ni tak ada dosanya!!

Tetapi bila dia lompat dari PKR ke BN bersama 3 yang lain, kita semua mahukan satu pilihanraya diadakan semula, walhal kenapa semasa ADUN Bota tu tak ada siapa yang minta pilihanraya kecil?

Aneh kan? Adakah bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita sokong tetapi bila kita yang terkena dan rugi, kita keji? Aneh sangat!!! Kita lupa yang 'there is always two side of the coins'.

Kita difahami yang DYMM Paduka Sultan telah bertindak mengikut perlembagaan negeri Perak!! Dah jelas yang MB tak ada sokongan majoriti dari ahli DUN Perak!! Jelas dan memang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri yang perkenan DYMM Sultan mesti diperolehi bila mahu bubarkan DUN.

Yang MB announce sebelum pekenan Sultan kenapa? Tak ada ke yang nasihatkan MB?

Semua orang Melayu Perak tahu yang DYMM Paduka Sultan memang murka dengan usaha Kerajaan dominasi DAP ini ingin berikan hak kekal kepada penduduk kampung baru cina di Perak. Kalau pajak 99 tahun tak apa jugak, ini 999 tahun!!!

Aneh kan?

No comments: