Jika dulu kita menyangka yang Anwar akan menang mudah, tetapi nampaknya dengan BN menggunakan jentera-jentera kerajaan dan media-media yang bersekongkol dengan pihak BN, plihanraya kecil Permatang Pauh menjanjikan satu petarungan yang amat sengit.
Lihat saja akhbar-akhbar milik UMNO seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar MCA, The Star. Liputan TV3 pula gamaknya persis macam Tv3 yang bertanding melawan Anwar.
Itu belum lagi BPR, PDRM dan lain-lain agensi yang berkepentingan dan akan dipersoalkan jika kerajaan BN tewas. Contohnya BPR, timing penangkapan exco perak juga dipertikaikan. Tajuk muka depan akhbar pula cuba mensensasikan penangkapan tersebut dengan kononnya melibatkan wang dan sex. Macam lah orang-orang PKR ni kaki sex dan tidak ada moral.
Anehnya penangkapan dilakukan terhadap projek yang tak ada! Aneh, sedangkan banyak projek-projek lain yang anggota kerajaan BN telah lakukan secara terang-terangan tidak pun disiasat atas alasan standard 'tidak ada bukti kukuh'.
Tapi mungkin mereka lupa sejarah, yang rakyat sudah punya alternatif, persepsi rakyat ialah media-media ini termasuklah agensi-agensi ini semuanya dianggap korup.
Apa pun yang mereka cuba laporkan dan cuba lakukan akan dilihat sebagai menyokong ketahanan BN sebagai parti yang memerintah.
Manusia memang tak pernah belajar dari sejarah.
Friday, August 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment