Anwar agen Amerika, juga agen yahudi juga agen Singapura dan macam-macam agen lagi lah.
Kalau mengikut kata Datuk Syed Hamid seperti yang dilapurkan di Malaysiakini : Home Minister Syed Hamid Albar today branded PKR de facto leader Anwar Ibrahim as an United States ‘snitch’
Kelakar lah pemimpin-pemimpin UMNO la ni, sikit-sikit agen ini, agen itulah. Tapi yang kita kalah kes ICJ tentang Pulau Batu Putih ke Singapura pulak tak pernah di pertikaikan. Berapa lama Datuk Syed Hamid jadi Menteri Luar? Takkan tak ada persediaan yang baik pada masa perbicaraan kes itu di ICJ? Siapa yang lebih bersalah, Menteri yang tergadai sebuah pulau ke negeri lain atau orang yang di fitnah kena liwat?
Orang ramai nni bukan lah sangat sokong PKR ke DAP ke atau PAS, tapi dah naik meluat dengan pemimpin UMNO yang selalu terfikir yang memerintah itu dah jadi hak mereka, dan rakyat mesti berterima kasih pada mereka (Pemimpin UMNO).
Orang Melayu ni dah tak ada pilihan dah! Tambah pula orang Melayu sangat hormat pada Anwar, jadi walaupun tak sokong perjalanan politik dia tapi ramai akan simpati pada dia.
Sampai UMNO nak terlungkup pun masih nak sifat bongkak? Sudah-sudah lah tu!
Orang melayu ramai yang sayang kan UMNO, tapi dah tak tahan dengan sikap pemimpin yang macam dah lupa daratan.
Sekarang banyak main taktik politik kuno, yang tak relevan, lagilah orang marah. Sampai bila ni, adakah sampai bila orang Melayu dah tergadai semuanya, baru UMNO nak sedar. Tak sadar-sadar yang yang sikap mereka sekarang lah yang akan menjual maruah orang Melayu, kerana mereka yang diberi amanah.
Thursday, July 03, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment