Thursday, April 17, 2008

Pak Lah Semakin Tertekan, Najib Play Safe? Sinetron UMNO

Nampaknya dari satu negeri ke satu negeri yang lain, perwakilan UMNO meminta Pak Lah merangka satu pelan peralihan kuasa dan kepimpinan.

Walaupun bahasa yang digunakan agak lembut 'peralihan kuasa' tetapi, suasananya agak menekan! Agaknya bahasa 'Peralihan Kuasa' itu adalah bahasa 'keraton' pembesar-pembesar UMNO bila mana mereka meminta Datuk Bendahara mereka meletak jawatan.

UMNO nampaknya begitu kebal dengan kebudayaan 'feudal' dan ragam bangsawan mereka.

Yang menarik ialah lakonan Datuk Sri Najib yang melangkah dengan teliti, tanpa ada bunyi yang menyerupai langkah seorang 'Ninja' purba, tetapi menyusup senyap untuk membunuh 'going for the kill'.

Tetapi halangan besar Datuk Seri Najib ialah bila lengan yang penuh dengan kudis yang akan terbuka luas, jika kes-kes dan dakwaan-dakwaan musuh politik beliau jika beliau mencabar Pak Lah.

Apakah agaknya yang bermain di fikiran Pak Lah sekarang, apa pula plot yang sedang dirancang oleh jemaah penasihat beliau yang sekarang ini tak henti bersidang memerah otak mereka untuk menyelamatkan boss mereka.

Agak menarik untuk kita tontoni sinetron mainan pembesar-pembesar UMNO, laksana drama realiti 'Big Brother'.

Cuma kesudahan sinetron ini nanti, siapakah yang akan kekal berkuasa? Siapa pula yang akan ditangkap oleh pak polisi kerana curang dan jahat?

Cerita sinetron UMNO ini semakin hari semakin menarik, tetapi untuk pengarah jangan lah pulak terlampau banyak episod, hingga orang ramai akan bosan dan terus tutup TV!


No comments: