Agak menghairankan.
Polis dalam isu perhimpunan PKR malam tadi di 'Kelab Sultan Sulaiman' bertindak dengan cepat. Kabarnya pagi tadi, 3 pemimpin kanan PKR dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat PDRM.
Aneh, satu perhimpunan didalam kawasan persendirian, boleh dikatakan satu perhimpunan haram. Kita nak tahu apakah tindakan polis kepada pembesar UMNO di Pulau Pinang yang nyata telah menganjurkan perhimpunan haram di KOMTAR.
Sudah, sudah lah, salah satu faktor kenapa rakyat mengamuk dengan memberikan undi kepada PR adalah kerana ketidak adilan pihak kerajaan dan kelemahan pihak berkuasa mencegah jenayah.
Ini adalah tindakan yang tidak bijak, kerana kerajaan hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat.
Jelas satu ketidak adilan telah berlaku, dan Pak Lah harus bertindak untuk menyelesaikan masalah ketidak adilan seperti ini.
Atau apakah Pak Lah dan kaum pembesar UMNO akan menunggu kabinet kerajaan PR untuk bertindak?
Nampaknya UMNO terus berada didalam self destructing mode!
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment