Tuesday, March 25, 2008

Tangguh Pemilihan UMNO?

Daripada Utusan (Berita Terkini)

Tangguh pemilihan UMNO

25/03/2008 2:23pm

PUTRAJAYA 25 Mac – Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini.

``Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

- UTUSAN

MY SAY:

Memang telah diduga yang AAB dan Kroni-kroni mereka tak ada 'Telor'. Kalau betul diterima ahli UMNO apa yang nak ditakutkan? Bertanding seperti anak jantan.

Jangan nak selindung dibelakang kain-kain ahli majlis tertinggi yang hampir semuanya 'YES MAN'.

Malu lah sikit.

No comments: