Nampaknya Ku Li akan dilihat, di cap dan di war-war kan sebagai penderhaka didalam sistem parti UMNO yang macam dah jadi sistem fuedal di mana kalau ada yang nak melawan pemimpin akan dicap sebagai penderhaka!
Yang buat lebih teruk lagi bila juak-juak pembodek yang tak habis-habis nak ambil hati Pak Lah dengan menyokong kepimpinan Pak Lah. Ini semua kes nak jaga periuk nasi gamaknya! kalau ada yang berani yang nak lawan, biar lah ada pertandingan. Biarkan perwakilan yang buat keputusan. Ni yang sibuk-sibuk cakap macam-macam kenapa?
Ataupun kerana mereka ni tak ada telor nak tegakkan kebenaran? Pemimpin apa jenisnya kalau tak berani berkata benar? Tapi ini hal UMNO lah. Nampaknya masih ramai juak-juak pembodek dan tak bertelor yang jadi pemimpin.
Amacam Ku Li, tetap dengan pendirian ke nak tanding?
Saturday, March 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kesian Ku Li..beliau ingatkan UMNO dan jaga dari tidurnya yang panjang. Rupanya kekalahan 5 negeri tidak juga menggoncang tampok pimpinannya. Baguslah..lagi cepat kapal UMNO akan karam!
Post a Comment