Saya terbaca malaysiakini.com tentang laporan cadangan Bajet 2008 dari parti DAP.
Sekali imbas sudah terbayang jenis politik DAP, yang hakikatnya sudah terang-terangan bersifat pro-kecinaan dan memperjuangkan matlamat Malaysia Malaysian yang diwarisi dari tok guru mereka 'PAP' dari Singapura.
Apa yang menarik perhatian saya adalah tentang cadangan membina 60 sekolah aliran cina yang baru. Dalam kita mahu menegakkan masyarakat malaysia yang bersatu, masih ada orang yang mahukan supaya sekolah vernacular terus dihidupkan.
Tapi seperti partai-partai yang lain, saya fikirkan ini hanyalah satu taktik yang mahu menanguk air yang keruh, dalam keributan isu tentang Islam dan tentang hak orang-orang melayu , tentang penternak babi dll.
Bila lagi nak ambil kesempatan diatas ketidak puasan orang ramai (khususnya golongan cina), kita harus ingat yang PAS juga mengambil kesempatan diatas pengaruh dan ketidak puasan orang melayu terhadap isu Anwar Ibrahim pada pilihanraya 1999.
Dan UMNO juga pernah mengambil kesempatan terhadap isu Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang kononnya bersalib suatu masa dulu.
Tetapi inilah politik, bila DAP bercakap tentang politik pecah dan perintah, mereka juga cuba mengamalkan cara yang sama dengan memberi gula-gula kepada orang cina dan india, dan bertindak kononnya sebagai jaguh untuk masyarakat minoriti.
Isu-isu seperti tender terbuka yang saya fikir terangan untuk memancing emosi masyarakat bukan bumiputera, juga menjadi isu didalam Bajet 2008 DAP.
Bila kita membaca kandungan Bajet 2008 ala DAP kita terbayangkan usaha untuk meng Singapore kan Malaysia. Kerana bagi saya inilah yang dimahukan oleh segelintir umat di negara ini. Tetapi mereka gagal untuk mengamati perbezaan sosio politik di Singapura, yang menyebabkan masyarakat Melayu mereka bersikap begitu.
Dan ada juga dasar-dasar Singapura seperti tidak membenarkan orang melayu sebagai juruterbang jet pejuang atau pun sebagai pemegang jawatan awam yang kritikal. Kenapa isu ini tidak diketengahkan?
Berbalik kepada isu Bajet 2008 DAP tadi, saya cuma terfikir apa yang sebenarnya berada di di dalam kepala pemimpin DAP, adakah mereka mahu memberi alternatif atau hanya mahu memancing undi sahaja.
Thursday, September 06, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya nak tahu apa masalahnya membina sekolah cina? sesiapa nak belajar dalam aliran cina bukanlah satu jenayah kan. ada melayu yang menghantar anak ke sekolah cina untuk belajar bahasa cina. saya seorang cina pula belajar kat sekolah melayu. samalah seperti aliran sains vs sastera. saya rasa kamulah yang ada motif tersirat.
this is racist ...
kenapa nak pertikaikan sekolah cina dibina ? itu hak mereka sebagaimana hak orang melayu.
Saya pun orang melayu, tak marah pun mereka nak bina sekolah. Its a good thing. Kita sepatutnya risaukan kaum kita yang tak amik kisah pasal anak2, tak hantar pi sekolah, kalau pi sekolah pun bukan nak belajar dan macam2 lagik masalah akhlak.
" likes the idea of moving people to accomplished what they look for and believed in the power of sub-conscious mind " <--- diri sendiri tak tahu nak fikir jgn fikirkan pasal orang lain. perbaiki diri sendiri sebelum bersuara.
Post a Comment