Sunday, June 25, 2006

Hak menulis dan mengkritik ada batasanya

Konsert 4 AF4 baru berakhir, dan nampaknya kali ini turn Zila yang tersingkir.

Tapi itulah AF, setiap masa yang pasti, akan ada yang tersingkir keluar kerana kekurangan undi dari penonton yang mengundi.

Persembahan yang paling menarik perhatian saya adalah persembahan Farhan dan Faizal, sebab saya tak minat pada Diddy, kerana saya rasa yang Diddy ni terlampau skima dan terlalu bersembunyi di belakang karakternya yang sebenar.

Walaupun saya tak minat dengan Zahid ataupun minat pada rentak-rentak lagu seperti Wo! yang pada saya entah apa2 tu, tapi saya masih menghormati pada apapun irama lagu. Semasa Zahid menang dulupun saya rasakan yang Zahid ini hanyalah sederhana orangnya dan tak ada apa yang boleh dibanggakan dari segi keunikan.

Itulah mungkin appresiasi saya pada lagu2 yg sewaktu begitu tidak beberapa baik.

AF adalah sebuah pertandingan, wajar ke persertanya menjadi versatile? Saya seperti pendapat saya semasa yang dulu, masih katakan yang ianya TAK PERLU!

Lagu2 di AF hanyalah cabaran, tak semestinya mereka harus boleh membawakan semua genre lagu ataupun sempurna dari segalanya. Lihat Adam dan KRU, memang hampas dulu, sering off pitch, tapi masih boleh bertahan, kerana Adam hanya fokus pada genre yang dia rasa dia boleh.

Dari segi tempat pula, Linda yang naib johan AF2 pun tak kemana juga! Orang memperkatakan tentang kualiti, AF tidak melahirkan penyanyi yang berkualiti? soalannya adakah kauliti dari segi pandangan professional tu bagus?

Mana perginya sebahagian besar Juara Bintang RTM atau HMI yang kononnya lebih berkualiti?

Begitu juga dengan AF, tak semuanya akan berjaya, tetapi sekurang-kurangnya AF memberikan nafas baru kepada industri muzik kita yang nazak dan tenat ini.

Berbalik kepada isu konsert AF4 minggu ke 4 ini, saya hanya tertarik pada Farhan dan Faizal, mereka ada kelainan, dalam industri, hanya mereka yang ada kelainan sahaja yang akan kekal lama!

Kepada bloggers yang lain, yang top ataupun yang nak top, kalau kita nak mengutuk sesiapa pun dalam AF, janganlah diatas sentimen peribadi, kerana ini akan membuat kita tidak adil pada peserta itu.

Persengketaan antara kita tidak wajar kita libatkan peserta yang bertanding! Janganlah hanya nak kutuk peserta tertentu hanya kerana teman yang kita tak sukai tadi menyokong peserta tersebut. Ingat, walaupun kita rasakan yang kita boleh menulis apa sahaja di blog kita, kita harus bertanggungjawab keatas apa yng kita tulis. Jadilah orang yang tidak bias dan bertanggungjawab keatas tulisan kita.

Saya sendiri pernah menegur dalam tulisan saya yang dulu tentang hak kita bersuara. Hak bersuara mestilah terbatas didalam peraturan dan adab manusia sejagat. Seronok mengutuk, tetapi pabila kita ditegur, mangapa kita mesti melenting?

Pada sesiapa yang terasa tu, saya mohon maaf, tetapi perkara yang hak dan benar harus diberikan teguran!

Dari Buletin Utama 8.30 Malam, 25 Jun, 2006.

Lebih setengah juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun keatas masih belum berkahwin. Yang menarik perhatian saya adalah pada komen seorang wanita yang mengatakan dia tidak berkahwin sebab tak percaya pada lelaki masa kini.

Mungkin sebab tu agaknya ramai wanita sekarang rela berkahwin dengan lelaki dari tempuh masa dulu... if you understand what I meam :)

4 comments:

Anonymous said...

"Mungkin sebab tu agaknya ramai wanita sekarang rela berkahwin dengan lelaki dari tempuh masa dulu... "

Maman,

Kalau la ku tahu cik ET kita opened to married man, dah lama aku try usha...ahaks! Boleh la kahwin mishar, sonang hidup den sekeluargo. hee...hee..hee..(gelak miang ni) saja gurau2 ptg2 senin ni, maman.

The Way I See It said...

kalau i tau spec dia, dari dulu i akan tebalkan misai... apa kata SM.

hehheeheh

sultanmuzaffar said...

eh ! sebelum tu, Siti Nurhaliza Juara Bintang HMI tau. :)

Jamal Abdillah, Sudirman Hj Arshad, Rohana Jalil Bintang RTM.

hmmmmmmmmmm...aku ker yg misai tebal tak tebal tu ? hahahahhaa

Anonymous said...

Best regards from NY! Adipex discount online legal assistant marshall north dakota chicago bulls seat covers 1994 mustang pleather seat cover dodger 2500 rear bench seat covers how to remove factory installed car alarm voip criminal lawyer new york city Front end washers ratings seat covers buick