Sunday, March 19, 2006

Orang dalam industri kita pekak dan sombong

Mungkin agak kasar bahasa saya kali ini. Tapi inilah realiti tentang industri dan perniagaan di Malaysia. Proton gagal kerana, tidak mahu dan berupaya mendengar apa yang dimahukan oleh pelanggan dan bakal pelanggan.

Mereka masih leka dengan apa yang mereka patut keluarkan, model apa, cc berapa dan juga warna apa. Samada mereka gagal atau tidak mendengar apa yang dimahukan, itu hanya Allah dan mereka sendiri sahaja yang mengetahui.

Sayangnya kegagalan ini bukan hanya di Proton, malah juga di industri musik dan hiburan kita. ASA syok sendiri, dan sekarang pula AIM. Ah, orang akan kata yang kita mencari yang terbaik, bukan popular, sebab itu Mawi dan Nikki di snub oleh orang-orang industri!

Saya marah, ya , kerana industri nampaknya masih kebodohan didalam seleksi dan lingkup cara pemilihan dan penilaian. Mereka gagal membaca perubahan yang sedang berlaku di serata dunia. Mereka gagal memahami konsep mini album, yang bukan hanya ada di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

Nampaknya AIM cuba menidakkan bakat yang orang yang popular melalui SMS, mungkin nak tunjuk pada orang ramai, yang pendengar ni masih jahil tentang musik. Ni kes nak tunjuk terror lah nie.

Yang kononnya arif dan mahir dalam industri hiburan kita masih lagi syok sendiri, masih mahu menyatakan musik dan hiburan adalah hak ekslusif mereka, maka orang diluar industri tidak perlu campur tangan! Ah betapa egonya mereka.

Industri hiburan Malaysia yang sekangkang beruk ni masih ditahap lama, kerana apa? kerana orang-orang indsutri masih ego dan tidak mahu tahu apa yang pendengar dan penonton mahu. Ah inilah perihal dan perangai golongan yang kita anggap karyawan. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut!

Kita gagal dalam banyak industri bukan kerana kita disekat, tetapi kerana kebodohan kita memahami apa yang dimahukan oleh orang yang mahu menggunakan atau mendengar karya kita sendiri.

8 comments:

Anonymous said...

maman, I really agree with you. mawi tak layak sebagai Bintang Harapan sebab dah ada album tapi album tak cukup syarat. How they with words. I memamg tak tengoklah AIm. Biarlah mereka dalam dunia mereka

mahaza said...

lama tak mengintu.
reality mini album ni masih lembab tapi bukankah dulu kita juga ada EP dan LP? ntah... aku tak tahu bahasa musik, yang penting yang aku suka dengar.... tak sabar tunggu album qasidah pulak.... akan meletupkah? atau akan hambarkah?

Anonymous said...

ermm...rasa2nya AIM atau ASA dr dlu asik (still) duduk dlm kepompong mrk sendiri...bila kena komen org2 mrk sudah ada standard jwpnnya esp AIM...byk kali dh tgok yg menang yg naik ats pentas kdg2 ramai yg tak kenal atau best sgt je album mrk...but..well...kita bkn org seni..bkn org muzik mn la nk faham...album mawi xlayak...album kak nita bleh plak masuk..but still they already got the answer...skema SPM...

Anonymous said...

ermm...rasa2nya AIM atau ASA dr dlu asik (still) duduk dlm kepompong mrk sendiri...bila kena komen org2 mrk sudah ada standard jwpnnya esp AIM...byk kali dh tgok yg menang yg naik ats pentas kdg2 ramai yg tak kenal atau best sgt ke album mrk...but..well...kita bkn org seni..bkn org muzik mn la nk faham...album mawi xlayak...album kak nita bleh plak masuk..but still they already got the answer...skema SPM...

betul tu maman...nampak sangat ASA & AIM macam anugerah syok sendiri..tapi teringat plak kata-kata Safura Yaacob...masa jadi penyanyi dulu dia tak pernah dihormati seperti penyanyi.....

Anonymous said...

Enjoyed a lot! Ace car rental in adelaide Kottonmouth king shirts Pre fab sauna kit free voyeur heckle & jeckle t-shirt Mp3 player with built in speaker funny t shirt kawasaki yamaha honda suzuki tshirts Find mobile phone fundraising christian t shirts