Sunday, October 23, 2005

Mawi dan Hero Yang Dilupakan

Dah lama sangat rasanya tak update pada blog saya, mungkin sebab tak ada cerita yang menarik yang nak saya sampaikan.

Selepas masuk internet, browsing sana-sini, maka singgah lah juga kat mawifc.com, baca juga lah sikit-sikit pasal melodi kat TV3 tu. Kes melodi nak gi terjah ke rumah Diana, si tunangan Mawi World tu lah…

Nampak hebat perbincangan mereka tu, walaubagaimanapun, la ni dah nampak lebih matured perbincangan kat sana, walaupun ada sekerat dua yang masih emosional nampaknya.

Dengarnya Mawi World nak bawak tunang dia kat open house dia nanti, bagi saya, eloklah tu, tak payah lah nak peram-peram, kang masak terlampau ranum, tak lalu pulak nak makan. Apapun, dah memang Mawi sekarang nie dah jadi seleberiti, jadi nak tak nak, orang yang rapat pun kena lah jugak tempiasnya kan.

Kes si budak botak nak bawak Mawi ke majlis open house-nya pun ada juga peminat nak komen, ada yang setuju, ada yang tidak, bagi saya senang, kalau tak lalu nak tengok Diana Mawi tu, duk ajelah kat umah. Tak payah lah nak berasak-asak ke Felda taib Andak tu. Hati pun tak sakit kan, betul tak. Sabar ajelah.

Pahlawan Yang Dilupakan

Tapi sebenarnya, bukan cerita Mawi dan Diana yang nak diketengahkan hari ni. Hari ni cerita pasal, Mohamad Hamid, seorang pahlawan yang dilupakan. Kalau ada orang yang tak kenal dengan Mohamad Hamid ni, dia ni adalah seorang pelaut yang telah mengagalkan percubaan rompakan oleh lanun-lanun keatas kapalnya tempuh hari.

Majalah Time, telah menamakan Mohamad sebagai salah seorang Hero Asia pada majalah keluaran 10 Oktober yang lalu.

Mohamad Hamid ni, jika pada zaman kesultanan Melaka dulu, dah dapat sanjungan, termasuklah pengiktirafan, mungkin sepersalinan baju dari kain yang termahal dari Sultan Melaka. Kerana apa? Kerana keberanian dia mengadaikan nyawanya untuk mengagalkan rompakan lanun.

Cuma sudah nasib Mohamad, dia berada di zaman dimana, sanjungan dan penghargaan tidak lagi diberikan kepada orang-orang sepertinya. Namanya sahaja, orang tak kenal.  Bukan hanya sepersalinan baju, malah nampaknya, tidak langsung ada pengiktirafan dari Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Keberanian Mohamad, saya kira wajar diberikan penghormatan sekurang-kurangnya pingat keberanian, bukan hanya dengan memberi surat penghargaan sahaja. Masih ingatkah kita lagenda Hang Tuah dan rakan-rakannya melawan lanun?

Walhal, kita sedia maklum yang kawasan laut kita memang menjadi kawasan panas, yang terdapat aktiviti-aktiviti lanun yang amat aktif (ataupun kita sendiri tak ambil kisah). Yang selama ini kita dikritik keras kerana dikatakan tak pandai menjaga perairan kita sendiri.

Persoalannya, dimana kah priority kita dalam hal seperti ini? Mungkinkah kita terlampau lena dibuai dengan kemelut hiburan ataupun politik sempit yang menyebabkan kita lupa pada perkara-perkara asas seperti ini.

Ataupun kita terlampau sibuk memenuhi undangan-undangan berbuka puasa di Hotel-Hotel Mewah sambil berbincang tentang adakah harga kereta akan turun tahun depan, kerana rasanya nak up-grade kereta baru, yang sepadan  dengan kedudukan dan prestige kita?

Sampai bilalah agaknya kita masih mahu mengutamakan perut kita sendiri….





1 comment:

mahaza said...

Lebih mengejutkan apabila dia sendiri tidak menerima offer kerja yang agak lumayan atas dasar heroicnya kerana keluarga tidak membenarkan dia bekerja perkapalan lagi.
Dalam kemelut ekonomi negara sekarang yang tidak kita sedari (berpandu dari kisah rakan-rakan dan juga selepas berborak dgn rakan di pejabat buruh) masih ada lagi yang memilih.
saya lebih musykil kerana pernah mengalami situasi tanam anggur sebanyak 2 kali akibat kemelesetan ekonomi....