Thursday, September 01, 2005

Penjajahan Seni, Album Mawi dan Mahu Berjaya Di Luar malaysia?

Pemikiran Seni yang masih belum merdeka

Berapa ramai di antara kita yang mengenal erti merdeka secara keseluruhannya. Bila kita Tanya 3 orang yang berbeza, maka akan keluarlah 3 jawapan yang berbeza. Kenapa? Kerana kita sendiri tidak kenal erti penjajahan, ramai antara kita yang lahir selepas merdeka, oleh itu tidak dapat merasa keperitan penjajahan.

Tapi bagaimana dengan penjajahan minda? Penjajahan seni?

Ramai antara peminat termasuk pengkritik seni, terutamanya di rancangan reality seperti AF dan MI yang masih berkeras dengan falsafah penyanyi mesti boleh menyampaikan lagu English dengan baik dan bagus diction nya untuk terus berjaya dalam industri hiburan Malaysia.

Kita ambil contoh MI, masih lagi menggunakan khidmat Paul Moss sebagai salah seorang pengkritiknya. Mungkin kerana MI ni untuk orang yang urban mungkin, oleh itu tak cool lah kalau tidak ada orang puteh yang mengkritik.

Tapi bila MAS nak ambik orang luar jadi CEO, semua orang melenting... Penjajahan baru kata mereka... Tapi kalau jadi pengkritik rancangan seni tak apa pulak! Agaknya insan seni kita terlampau expensive kot, 8TV pun stesen baru, mungkin nak jimat kos.

Kebanyakan penyanyi di MI juga adalah mereka yang sudah biasa menyanyi di pub dan kelab malam, lantaran itu mereka tidak ada masalah untuk menyampaikan lagu-lagu asing. Maka mereka pun dilihat lebih baik dari budak-budak AF tu. Ya ke? Sebab AF untuk melayu sahaja?

Segmentasi MI pun di segment kan untuk golongan bandar, mungkin sebab itu ia disiarkan terlebih dahulu di 8TV, TV3 hanya layak untuk ulangan atau delayed telecast sahaja. Tapi mereka lupa yang orang kampung pun beli album jugak, tengok konsert jugak.

Penjajahan minda didalam seni juga berlaku di AF3. Kita ambil contoh Kudsia Kahar, berdiri memberikan standing ovation untuk Amylea selepas Amylea menyudahkan nyanyian ‘Sweet Child of Mine’. Saya terfikirkan untuk apakah penghormatan ini diberikan, adakah kerana hanya Amylea boleh menyampaikan lagu English dengan baik atau memang kerana persembahan beliau yang sangat baik? (Persembahan Amylea adalah baik bagi saya, Cuma bagi saya belum begitu mantap untuk diberikan standing ovation).

Album Mawi

Abang ipar saya, yang tidak pernah saya terfikir akan membeli album melayu, telah dengan bangganya membeli album kompilasi Mawi. Aduh, album itu di sedut terus dari konsert. Mungkin ada antara kita yang kalau dapat dengar suara Mawi pun dah cukup. Maka itu kita sanggup membeli album sedutan ini. (tapi saya respect Mawi dengan lagu Seroja, Aduh Saleha dan Pupus). Itu baru nyanyi live concert, kalau rakam balik, maybe boleh lagi bagus!

Didalam satu perkara yang subjektif, seperti seni persembahan, amat sukar untuk menilai kualiti/ tahap persembahan kerana tidak ada satu benchmark yang dipersetujui. Lunak dan elok bagi A, mungkin tidak merdu bagi B.

Bagaimana pun, Mawi telah menangkis pendapat yang beliau akan hilang dari industri sejurus dia keluar dari AF. Orang-orang yang mengkritik Mawi dengan pelbagai kritikan juga terkedu kerana album yang hanya album sedut, berjaya di jual hampir 150,000, lebih tinggi dari album Khai, Azizi, Zahid dan Farah jika dicampurkan.

Nak keluar negara?

Satu prinsip yang saya belajar di business school adalah, untuk berjaya di luar, mestilah berjaya didalam negara dahulu. You must have a competitive edge in your own market, before you go out and compete elsewhere.

Oleh itu untuk berjaya, penyanyi mestilah berjaya di dalam negaranya dahulu sebelum keluar negara. Contohnya ialah Siti Nurhaliza. Siapa yang tak kenal Siti di Indonesia. Sehinggakan jika ditanya pada bakal-bakal TKI (Tenaga Kerja Indonesia), apa yang mereka mahu lakukan bila tiba di Malaysia ialah : Melihat rumah Siti Nurhaliza!

7 comments:

Anonymous said...

interesting facts bout MI. bagaimana agaknya 'judges' MI apabila salah seorang dari peserta MI, Farah hendak menurut Mawi as role model.... hmmm. panas nih...

The Way I See It said...

hmmm... itulah.. ni topik merdeka..

mynicknames said...

agreed. kalau dah iktirafkan negara kita negara islam (sekular actually) walaupun majmuk kenalah tonjolkan budaya malaysia iaitu melayu. AF tu dah kena rasanya. cuma masukkan juga budak india dan cina kedalamnya. tapi orang2 'urban' ni as you said rasa diri mereka class dan tak sesuai dengan mawi or siti. manakan sama style MI yang sekelas ning and camelia yang berbaju separuh lengan.tapi takde lah pulak sampai kemana melainkan menyanyi diclub casino luarnegeri atau attending overseas function.hmmm but as you said again 'ni topic merdeka...'

Anonymous said...

Saya setuju. Satu persoalan saya yg masih tidak bertemu jawapan ialah kenapa kalau AF ada adegan peluk2 antara pelajar lelaki & perempuan bukan main lg heboh sekampung tp bila MI masing2 butakan mata kenapa? Sbb mereka rasa MI lbh ke'baratan' dan lbh International dan lbh standard dr AF. Sdgkn MI pun ditonton oleh org Melayu dan mereka yg beragama Islam dan yg menyertainya pun mejoritinya yg beragama Islam. Dan sememang dan sepatutnya mereka juga tidak boleh sesuka hati utk berpelukan antara lelaki & perempuan!!!!!!.

Anonymous said...

on the MI and Paul moss thing, pada saya, tak kira la siapa sahaja yang dipilih jadi pengkritik, mat saleh ke, indian from local atau India ke, cina from China ke, monglia ke, itu semua tak penting. yang penting substance komen dia. why la nak pertikaikan paul moss.ini cuma hiburan sahaja. dulu masa Hetty jadi penkritik AF, tengok la betapa ramainya orang suka dengan kritikan yang dia beri dan ramai yang minta dia diundang semula. dalam konteks ini, isu MAS dan foreiger, i think the bangkangan is from the point of view bahawa airlines (MAS) adalah strategic asset of the country, tak wajar di berikan access kepada a foreigner kerana ada elemen kerahsiaan yang terlibat.

The Way I See It said...

its a free country... voice your oponion, it might wrong, but you are entitle to it.

Anonymous said...

of course la it is a free country and i am voicing my opinion. JEEEEZZZ