Saya dapat merasakan ada beberapa pihak yang tidak senang tentang 1-2 posting yang memperkatakan pandangan saya tentang pengkritik2 rancangan reality.
Apalah yang hendak saya katakan lagi? Mungkin ada perasaan yang terguris, mungkin juga ada perasaan tidak puas hati. Seperti yang telah saya perjelaskan, dan saya juga telah memohon maaf diatas penggunaan kata2 yang agak kasar itu dan pendapat saya yang agak kontrovesi itu.
Tetapi, cubalah anda bayangkan, jika sesetengah dari kita berpendapat kata2 saya agak kasar, cubalah anda lihat blog2 AF yang lain, yang lenggok bahasanya hingga ke dalam baju.
Tak salah berselisih pendapat.. yang salahnya hanya bila pihak yang satu lagi tidak dapat menerima perselisihan pendapat pihak yang lain.....
Maka apa yang terjadi adalah dia akan terus memekakkan telinganya dan memejamkan matanya kepada pihak yang satu lagi...
Ok, kita lupakan isu itu, dan saya ingin menyentuh tentang perception atau persepsi. Dr Love ada membincangkan tentang perception pada sesi motivasi beliau bersama pelajar2.
Apa yang ingin saya tambah disini adalah tentang persepsi peminat tentang seseorang pelajar AF itu sendiri.
Apa sebenarnya yang kita lihat pada pelajar kegemaran kita? Apa yang kita mahukan daripada mereka?
Ini akan menjawab soalan ramai orang tentang mengapa Mawi mendapat undian yang amat tinggi, walaupun pencapaiannya agak sederhana.
Ini adalah kerana persepsi peminat tentang peribadi Mawi sendiri, yang ramai berpendapat,
adalah perlakuan yang biasa atau 'normal bloke' dalam masyarakat Malaysia. Akan tetapi persepsi tidak semestinya benar, kerana ianya hanyalah persepsi. Tetapi 'perception is real in the eye of the be-holder'.
Apa yang mungkin berlaku nanti adalah mungkin persepsi ini tidak tepat, dan apabila ini berlaku, maka peminat akan kecewa, dan seterusnya melupakan tentang segala 'aura' yang ada pada Mawi.
Jadi, pada Mawi atau sesiapa sahaja, mereka yang diberikan kepercayaan dengan AFUNDI maka mereka haruslah melaksanakan amanah pengundi mereka, dan hidup didalam apa yang saya katakan 'societal perception', kerana hanya dengan ini dia akan dapat memuaskan hati peminatnya, walaupun pada dasarnya mungking itu bukan diri dia yang sebenar...
Wednesday, July 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
I'd like to read your Poin of View in the matter raised in the link before;
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14805
And maybe also touch on the reactions on MawiFC.com to it here;
http://www.mawifc.com/discuss/discuss_view.asp?starts=0&pages=1&id=1364
Looking forward.
Looking for information and found it at this great site... cindy crawford &aposs skin care line Propecia lowest take http://www.epson-stylus-c80-ink-cartridges.info sony vaio pcg c1mhp hard drive Security command fire alarm water bed sheet Top gay City of temple city ca fairfield resorts Audio stories sex groupsex http://www.open-bra.info http://www.concerta-er.info celebrex
Post a Comment